#aku hanyalah aku







Aku hanya aku
Aku tidak setampan nabi daud
Suara aku tidak semerdu nabi yusuf
Diriku tidak seberani umar al khattab

Aku hanyalah aku
Insan biasa yang lahir di muka bumi ini
Insan yang tercari-cari arah tujuan
Sinar cahaya seperti pelita dalam kegelapan malam

Aku hanya aku
Punya keinginan hati, punya perasaan
Mohon ingatkan aku
Agar tidak leka

Cuma yang aku mahu
Janganlah ditarik pinjaman sementara ini
Agar aku bisa melaksanakannya
Tujuan asal kedatanganku di dunia ini 

Kechiwa



kechiwa 
kechiwa seseorang  bila  diungkapkan 
kechiwa keegoan menzahirkan ketawa merawat duka
kechiwa kejujuran menzahirkan air mata 
kechiwa tidak dapat diklafikasikan menzahirkan tingkahlaku yang pelik

terbuka hati
terbuka hati apabila sentiasa memikirkan dia
insan pertama yang akan difikirkan untuk berkongsi perasaan
menerima semua dengan redha
tiada topeng menutup wajah sebenar

lokasi :  R&R chendor  kuantan 
Tajuk: tinggal kenangan


cukup setakat ini..sekian entri pendek dari saya 

Analogi kehidupan

Analogi kehidupan...

Insan yang leka

Kelekaan pemangkin kecuaian

Kecuaian penyebab kekesalan

Kekesalan membakar semangat

Semangat melahirkan kekuatan

Kekuatan menzahirkan kesungguhan

Kesungguhan meletakkan kejayaan

Kejayaan dinikmati dengan kesenangan

Kesenangan mengukir senyuman

Senyuman menyaksikan kebahagiaan 

Bahagialah di sisinya


#bebaskan diri anda daripada "kekotoran"